Thursday, September 27, 2007

EMAK DIPINDAHKAN SEMULA KE ICU

Jam 3 pagi Selasa lalu ketika saya terbaring di sofa bilik 207, saya dikejutkan dengan panggilan "wake-up" daripada Dr Ishak Masud, Pengarah Eksekutif KBMC.

Beliau memberitahu emak terpaksa dimasukkan semula ke ICU, nafasnya berdegup kuat. Sebelum itu, ketika saya tiba untuk menjaga emak, saya turut perasan perubahan itu.

Ketika doktor bertugas dan beberapa jururawat mengerumuni emak jam 12 tengah malam, saya duduk di sofa itu. Langsir emak ditutup. Kerana makan ubat batuk, selesema dan anti-biotik, tanpa disedari saya sudah 'hanyut'.

Emak terpaksa dibantu lagi dengan alat sokongan untuk bernafas. Awal pagi itu selain Dr Ishak, turut dipanggil membantu emak ialah Dr Farah, pakar bius di KBMC.

Saat itu juga saya SMS semua adik-beradik memberitahu, "emak dipindahkan semula ke ICU, keadaanya stabil".

Malam ini giliran saya sekali lagi menjaga emak.

No comments: